Menarik : Kembara Mahkota Johor 2016
Acara tahunan jelajah DiRaja Kembara Mahkota Johor (KMJ) ke daerah-daerah Negeri Johor pada tahun ni bermula pada 14 Mei 2016 hingga 17 Mei 2016.
Matlamat utama penganjuran KMJ 2016 adalah untuk menjalinkan hubungan erat antara institusi DiRaja Johor dengan rakyat yang dipenuhi dengan pelbagai program di setiap daerah yang dikunjungi.
KMJ kali ini akan merentasi 10 daerah melibatkan perjalanan sejauh 842 kilometer dan akan diiringi 3 trak Mack, 2 bas, 35 motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson serta 10 pacuan empat roda.
Konvoi akan singgah di Daerah Segamat pada :
15 Mei 2016 - Tapak Pasar Tani Taman Yayasan (3 petang)
16 Mei 2016 - Padang Awam Jementah (9 pagi)
Bonus :
Sekiranya pasukan bola sepak JDT memenangi perlawanan akhir Piala FA menentang PKNS pada hari Sabtu 14 Mei 2016, sambutan kemenangan akan diadakan Taman Yayasan! Berhampiran dengan Teratak Ixora, semoga pasukan JDT menang.

