Menarik : Satay Segamat 30 sen

Hanya di Segamat, sate dengan harga 30 sen secucuk! Tahun ini genap 30 tahun dari tahun 1986. En. Samsuddin Mohammad mula berniaga dengan hanya 10 sen secucuk kemudian harga dinaikkan atas faktor ekonomi dan keadaan semasa.

Kedai beliau lebih dikenali sebagai "Kedai Wak Sate" hanya tiga kali seminggu dan hanya menjual sate ayam sahaja kerana lebih lembut dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dibakar masak.

Lebih menarik, beliau akan memberi secara percuma kepada kanak-kanak dan akan memberi harga diskaun untuk warga emas yang datang membeli iaitu 20 sen secucuk.

Zaman persekolahan, admin memang selalu beli sate pakcik Samsuddin. Semoga terus kekal maju dengan usaha murni beliau.




SELAMAT DATANG
TERATAK IXORA
TEMPAHAN

Ketersediaan & Tempahan