Tips : 3 Asas Susunan Bingkai Gambar
Naikkan seri dinding rumah anda dengan koleksi gambar daripada album supaya detik-detik dalam gambar tersebut dapat anda hargai setiap hari. Koleksi gambar tersebut merupakan jejak peredaran masa dan kenyataan secara grafik kehidupan anda sekaligus akan menjadi bahagian kegemaran anda dalam ruang rumah anda.
3 asas susunan bingkai gambar :
Paparan Galeri
Letakkan 3 keping bingkai gambar yang besar di tengah-tengah untuk titik tumpuan. Kelilingi bingkai tersebut dengan bingkai-bingkai gambar yang lebih kecil untuk impak gaya galeri. Untuk keseimbangan gaya galeri tersebut, pastikan bingkai-bingkai gambar yang di atas, di bawah dan di tepi sejajar.
Paparan Tangga
Gantungkan bingkai gambar anda mengikut sudut menaik tangga anda. Tandakan paparan dengan bingkai gambar yang besar dan susun kesinambungan paparan tersebut dengan bingkai gambar yang lebih kecil.
Paparan Belebas
Bahagikan kumpulan bingkai gambar untuk dipaparkan pada belebas yang dipasangkan ke dinding. Lakukan aturan bertindih dan gunakan ketinggian bingkai gambar untuk kesan kepelbagaian.
Sumber : Pottery Barn