Sejarah : Asal Usul Nama Segamat
Nama Segamat dipercayai berasal daripada ungkapan kata 'segar amat'. Kata-kata itu lahir daripada Bendahara Tepok yang dalam pelariannya ke Hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai di Lubok Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis.
Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendahara Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, "Segar amat rasa badan ini.". Kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki itu dengan Segamat.