DIY : Lampu Kadbod
Projek yang mudah dan cantik untuk dibuat. Untuk projek ini anda perlukan :
- Kadbod beralun
- Pisau pemotong
- Pensil
- Pembaris
- Gam
- Soket mentol
- Mentol LED
Langkah-langkah yang perlu dibuat :
1. Lukiskan 64 jalur bersaiz 1.5cm x 18cm dengan menggunakan pensil & pembaris.
Kemudian lukiskan 4 jalur yang lebih pendek bersaiz 1.5cm x 12.5cm.
2. Setelah selesai, potong jalur-jalur berkenaan, sebolehnya biar lah tepat.
3. Sekarang anda perlu potong kepingan kadbod lain kepada segi empat bersaiz 16.5cm x 16.5cm.
4. Lukiskan garisan untuk soket mentol anda di tengah-tengah kadbod segi empat
tersebut.
5. Potong bahagian tersebut mengikut citarasa anda samada bulat ataupun segi empat
selagi ia muat untuk soket mentol anda dimasukkan.
6. Gam 4 jalur yang telah anda potong (menjadi bingkai) pada kadbod segi empat tadi.
Bahagian ini akan menjadi tapak soket mentol & mentol LED anda.
7. Teruskan dengan baki jalur-jalur tersebut menjadikan bingkai segi empat. Gunakan
gam semasa membentuk bingkai. Ulang langkah ini termasuk pada 4 jalur yang lebih
pendek yang akan membentuk bingkai segi empat yang lebih kecil.
8. Sekarang ambil 2 bingkai empat segi dan gamkan ia. Pastikan ia berada di tengah-
tengah sebaik mungkin dengan aturan selang seli. Selepas itu gamkan pula bingkai
segi empat yang menjadi tapak soket mentol. Ulang langkah ini dengan semua
bingkai-bingkai yang ada.
9. Potongkan kadbod menjadi lubang kecil di bahagian bawah rangka lampu untuk untuk
kable soket.
10. Langkah akhir, masukkan soket mentol & mentol LED. Nyalakan & anda dapat kesan
pencahayaan yang menakjubkan!
Selamat mencuba!
P/S : Malas membaca? Boleh klik link tutorial di bawah.
Sumber : Guidecentral