DIY : Hiasan Dinding merangkap Papan Notis
Satu lagi projek mudah dan berguna yang bertindak 2 dalam 1! Boleh digunakan sebagai hiasan dinding rumah anda serta sebagai papan notis. Bahan-bahan yang diperlukan :
- 4 kepingan papan gabus
- Pita washi (warna pilihan anda)
- Pita pelekat/masking
- Gunting
Langkah-langkah yang perlu dibuat :
1. Mulakan dengan melekatkan pita washi di satu penjuru papan gabus.
2. Selepas itu, masukkan jalur dengan pita pelekat.
3. Ulang semula langkah tersebut berselang seli dengan pita washi hingga ke penjuru lain.
4. Setelah selesai, tanggalkan pita pelekat dan siap! Gantungkan ia.
Selamat mencuba!
Sumber : homedit.com