Teratak Ixora menawarkan khidmat rumah tamu (homestay) yang terletak di Taman Yayasan, Segamat, Johor Darul Takzim. Teratak Ixora mula beroperasi pada 01hb September 2015. Teratak Ixora adalah rumah teres 2 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Teratak Ixora hanya dibuka kepada penginap Islam sahaja. Bilangan maksima penginap adalah 12 org.
Kemudahan yang disediakan :
- Set bilik tidur (katil, tilam, cadar)
- Penghawa dingin (setiap bilik)
- Pemanas Air (setiap bilik air)
- TV dan Astro NJOI
- Sofa (3 tempat duduk)
- Set Meja Makan (6 tempat duduk)
- Peti Sejuk
- Dapur dan peralatan asas memasak
- Anjung kereta
Kemudahan umum yang berhampiran :
- Kedai-kedai makan, restoran dan cafe
- Kedai-kedai runcit dan serbaneka
- Stesen minyak Shell dan Petronas
- Pasaraya Billion, Nirwana dan Pasar Borong
- Surau Al-Muhajirin dan Masjid Taman Yayasan
- Klinik-klinik dan farmasi
- Mesin ATM & Deposit Tunai (MBB/CIMB di Petronas dan Bank Islam di Nirwana)
- Laluan utama ke Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Lokasi-lokasi utama :
- Pusat Bandar Segamat (10 minit)
- Pekan Gemas (15 minit)
- Kolej Komuniti Segamat (15 minit)
- PULAPOL Segamat (15 minit)
- UiTM Segamat (20 minit)
- Felda Pemanis dan Felda Selancar (15-20 minit)
- Felda Keratong (30 minit)
- Air Terjun Gunung Ledang (35 minit)
- Bandar Muadzam Shah (45 minit)
- Lebuhraya PLUS Tangkak (60 minit)
- Bandar Melaka (90 minit)